JAM (Permainan Pembelajaran eXtraDICTION) di SK Jabi Besut, Malaysia

Sean

JAM (Permainan Pembelajaran eXtraDICTION) di SK Jabi Besut


Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mencari perkataan yang sesuai dan terbaik untuk diisikan ke dalam ruangan yang disediakan dalam borang pertandingan JAM.

Pada Februari lalu, Unit Pendidikan Utusan dan eXtraDICTION telah mengadakan promosi pertandingan Jawab Atur Menang (JAM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, Besut Terengganu.


Aktiviti tersebut diadakan sempena majlis pelancaran wajah baru sisipan pendidikan A-Kelas dan Tutor peringkat Terengganu yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menerusi aktiviti itu, satu pertandingan JAM peringkat sekolah telah dijalankan dan disertai seramai 200 murid dari SK Jabi dan beberapa sekolah lain di sekitarnya.


Pemenang-pemenang pertandingan tersebut telah menerima set permainan eXtraDICTION.
Salah seorang peserta berfikir sedalam-dalamnya untuk mendapatkan perkataan yang membawa markah tertinggi.


Selain mendidik minda peserta dengan kosakata, JAM juga menggalakkan kerjasama berpasukan dalam menyelesaikan masalah.


Guru-guru pengiring turut membantu para peserta memahami teknik permainan semasa pertandingan dijalankan.
0 Responses to "JAM (Permainan Pembelajaran eXtraDICTION) di SK Jabi Besut, Malaysia"