Recommended
18:14
JAM (Permainan Pembelajaran eXtraDICTION) di SK Jabi Besut

Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mencari perkataan yang sesuai dan terbaik untuk diisikan ke dalam ruangan yang disediakan dalam borang pertandingan JAM.
Pada Februari lalu, Unit Pendidikan Utusan dan eXtraDICTION telah mengadakan promosi pertandingan Jawab Atur Menang (JAM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, Besut Terengganu.
Aktiviti tersebut diadakan sempena majlis pelancaran wajah baru sisipan pendidikan A-Kelas dan Tutor peringkat Terengganu yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menerusi aktiviti itu, satu pertandingan JAM peringkat sekolah telah dijalankan dan disertai seramai 200 murid dari SK Jabi dan beberapa sekolah lain di sekitarnya.
Pemenang-pemenang pertandingan tersebut telah menerima set permainan eXtraDICTION.
Salah seorang peserta berfikir sedalam-dalamnya untuk mendapatkan perkataan yang membawa markah tertinggi.
Selain mendidik minda peserta dengan kosakata, JAM juga menggalakkan kerjasama berpasukan dalam menyelesaikan masalah.
Guru-guru pengiring turut membantu para peserta memahami teknik permainan semasa pertandingan dijalankan.

Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mencari perkataan yang sesuai dan terbaik untuk diisikan ke dalam ruangan yang disediakan dalam borang pertandingan JAM.
Pada Februari lalu, Unit Pendidikan Utusan dan eXtraDICTION telah mengadakan promosi pertandingan Jawab Atur Menang (JAM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, Besut Terengganu.
Aktiviti tersebut diadakan sempena majlis pelancaran wajah baru sisipan pendidikan A-Kelas dan Tutor peringkat Terengganu yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pemenang-pemenang pertandingan tersebut telah menerima set permainan eXtraDICTION.
Salah seorang peserta berfikir sedalam-dalamnya untuk mendapatkan perkataan yang membawa markah tertinggi.
Selain mendidik minda peserta dengan kosakata, JAM juga menggalakkan kerjasama berpasukan dalam menyelesaikan masalah.
Guru-guru pengiring turut membantu para peserta memahami teknik permainan semasa pertandingan dijalankan.
14:42

SMK Cheras Perdana: Mantapkan Bahasa Melayu
By : HASHNAN ABDULLAH
Para pelajar mengikuti penerangan tentang kuiz Jawab Atur Menang (JAM). Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu yang berkesan bukan hanya dilihat dari segi penulisan tetapi juga pada pertuturan seseorang individu sama ada untuk pergaulan seharian atau peperiksaan.
Penggunaan peribahasa, kiasan, pantun, gurindam dan sebagainya adalah antara elemen yang penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu komunikasi itu.
Selaras dengan usaha itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana (SMKCP) menerusi Panitia Bahasa Melayunya dengan kerjasama Unit Kokurikulum dan Kaunseling SMKCP serta Utusan Malaysia telah bergabung untuk menganjurkan Perkhemahan Bahasa 2006.
Siti Salmah Sulaiman
Siti Salmah Sulaiman

Beliau berkata, penggunaan Bahasa Melayu bukan hanya dinilai dalam bidang penulisan malah melalui pertuturan calon SPM yang dikenali sebagai Ujian Lisan Berasaskan Sekolah.
``Aktiviti program diharapkan dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa Melayu di kalangan pelajar, menghayati hasil penulisan dalam novel dan antologi komponen sastera.
``Selain itu ia diharapkan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan dan juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Perkhemahan Bahasa 2006 di Putrajaya pada 17 Jun lalu.
Pada tahun ini, seramai 120 pelajar SPM sekolah itu telah terpilih untuk menyertai program yang pada tahun lalu dibuat di Universiti Putra Malaysia (UMP) dan disertai seramai 80 orang pelajar SPM sahaja.
Antara aktiviti yang dianjurkan adalah Bahasa Isyarat, Sampaikan Salam, Puisi Tradisional, Kembara Bahasa dan kuiz JAM eXtradiction Utusan.
Seramai 23 orang guru Bahasa Melayu SMKCP terlibat menjayakan program tahunan.
Siti Salmah memberitahu, kuiz JAM eXtradiction Utusan adalah amat berguna kepada pelajar yang ingin menambah perbendaharaan bahasa kerana ia menggunakan sepenuhnya kamus.
Siti Salmah memberitahu, kuiz JAM eXtradiction Utusan adalah amat berguna kepada pelajar yang ingin menambah perbendaharaan bahasa kerana ia menggunakan sepenuhnya kamus.
``Walaupun aktiviti itu sekadar kuiz biasa tetapi ia dapat sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan,'' katanya.